Mandat Dari Hati
Menidakkan yang tidak, Mengiyakan yang benar.
Sunday, September 24, 2006

Napoleon Bonaparte - Adakah beliau memeluk Islam?
Susunan SITI AINIZA KAMSARI


"AGAMA-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas Thriniti yang sulit difahami. Yesus (Jesus) didakwa dirinya sebagai Anak Tuhan, padahal baginda berasal daripada keturunan Daud. Maka saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad (Rasulullah). Islam terhindar jauh daripada kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa."

Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dalam setiap ucapan saya bahawa saya adalah seorang muslim dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang begitu berani menuturkan kata-kata di atas? Atau mungkin anda lebih tidak percaya kerana yang berkata demikian ialah Napoleon Bonaparte!

Tokoh itu begitu terkenal dalam sejarah sehingga namanya berada dalam urutan ke-34 daripada Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dunia (Buku tulisan Micheal H. Hart yang meletakkan Rasulullah s.a.w menduduki tempat teratas dalam senarai itu).

Sebagai Kaisar atau Raja Perancis, Napoleon mengukir sejarah yang begitu hebat sebagai jeneral tentera yang berjaya menundukkan dan menawan banyak negara Eropah sehingga ke Asia Barat, termasuk Mesir dan Palestin. Istilahnya beliau menyapu bersih, sehingga menjadikan Napoleon sangat berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis. Malah sesetengah pihak menganggap dalam bidang ketenteraan dan strategik Napoleon ialah jeneral yang paling genius.

Napoleon dilahirkan di Ajaccio (Aiacciu) atau disebut Ajax dalam bahasa Latin di Pulau Corsica yang terletak di bahagian tenggara Perancis pada 15 Ogos 1769 sebagai Napoleone Buonaparte. Pulau Corsica yang berada di bawah jajahan Perancis merupakan pulau keempat terbesar selepas Pulau Sicily, Sardinia dan Cyprus di Laut Mediterranean.

Kariernya sebagai anggota tentera yang paling digeruni bermula apabila beliau menyertai Tentera Revolusi Perancis pada lewat 1790-an. Sehingga tahun 1799, Napoleon memerangi hampir seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke Perancis sebagai raja selepas kempennya selesai di Mesir. Pada 1800, Napoleon kembali semula ke medan perang dengan mengalahkan Austria. Pada 1802, Napoleon memperkenalkan sistem Perundangan Perancis yang baru yang dikenali sebagai Napoleonic Code.

Pada 1804 beliau ditabalkan sebagai Maharaja Perancis di Gereja Notre Dame Cathedral. Sehingga 1807, keluasan empayarnya bermula dari Sungai Elbe di bahagian utara Perancis menganjur sehingga ke Itali di bahagian selatannya atau dari Pyrenees sehinggalah perairan Dalmatian.

Kejatuhan
Tetapi selepas 1812, Napoleon mula mengalami kejatuhan apabila beliau menerima kekalahan pertama ketika cuba menakluk Rusia. Beliau juga terpaksa melepaskan Spain(Sepanyol) kepada Duke Of Wellington daripada tentera British dalam Peninsular War. Beliau mengalami kekalahan yang teruk pada 1814.

Napoleon terpaksa melarikan diri ke Pulau Elba dan kembali semula ke Perancis pada 1815 untuk mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang dikenali Grand Army. Tetapi beliau terpaksa mengaku kelemahan apabila mengalami kekalahan teruk dalam Perang Waterloo di tangan tentera Wellington.

Sebagai hukuman, Napoleon dinafikan haknya untuk menetap di Perancis. Malah beliau dibuang negeri ke Pulau Saint Helena yang terletak di bahagian timur Afrika. Enam tahun kemudian, iaitu pada 1821 beliau meninggal dunia di pulau itu dipercayai akibat kanser perut. Sehinggalah pada 1840, barulah mayatnya di bawa pulang semula ke Paris. Tetapi dalam satu ujian didapati rambut Napoleon mengandungi kandungan racun arsenik yang tinggi.

Ini menjadi teori kepada punca kematian beliau yang sebenar. Beliau dipercayai diracun oleh Count of Montholon bagi pihak British yang tidak mahu melihat Napoleon kembali berkuasa.

Namun persoalan besarnya benarkah pemimpin tentera yang digambarkan sebagai seorang yang kejam dan rakus ini benar-benar memeluk Islam? Jika benar, adakah kerana ada muslihat di sebalik itu bagi membolehkan apa yang beliau hajati tercapai?

Pengislaman Napoleon didedahkan oleh penulis David M. Pidcock dalam sebuah bukunya yang memetik kembali keratan sebuah akhbar rasmi Perancis, Le Moniteur, yang menyebut mengenai pengislaman Napoleon pada 2 Julai 1798. Ia berlaku hampir 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 1821.

Apabila tokoh ini memeluk Islam, beliau dikenali sebagai Aly (Ali) Napoleon Bonaparte?

Peristiwa ini dipercayai berlaku ketika Napoleon berada di Mesir. Napoleon tertarik kepada Islam ketika dijemput menghadiri suatu majlis memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w yang dihadiri oleh begitu ramai umat Islam.

Majlis itu menyedarkan Napoleon kepada kata-kata Voltaire yang mempercayai bahawa manusia memerlukan agama dalam hidup mereka. Manusia tidak boleh hidup tanpa agama atau tanpa mempercayai tuhan.

Pengalaman di Mesir itu dikatakan memberikan satu perjalanan rohani kepada Napoleon.

Tetapi apakah yang membuatkan tokoh perang ini dapat menerima Islam? Napoleon berkata, Rasulullah s.a.w. berjaya memandu kehidupan kaum Arab yang jahil kepada jalan yang benar. Mengajar kepada mereka mengenai keesaan Allah. Allah yang satu. Tuhan yang tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pendamping.

"Sedangkan menyembah pelbagai jenis tuhan merupakan satu budaya yang sangat kabur tetapi tidak lebih satu aspek pemujaan kepada berhala yang merupakan hanyalah patung-patung yang kosong," katanya.

Napoleon juga sangat mengagumi kitab suci al-Quran setelah beliau membandingkan isi kandungannya dengan Alkitab (Injil). "Saya menemukan kebenaran-kebenaran yang unggul di dalam al-Quran yang selama dikelirukan oleh kitab-kitab terdahulu yang manusia itu campur tangan di dalamnya melalui kata-kata mereka sendiri, bukannya kata-kata Tuhan, katanya.

Malah yang lebih menarik adalah ucapan Napoleon ketika beliau mula-mula sampai di Palestin pada tahun 1799 sebelum bertempur dengan tentera Othmaniah.

"Sambil mengenakan serban di kepalanya, Napoleon mengaku mengenai pengislamannya dan berkata: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Saya Bonaparte, Amir dari tentera Perancis. Kepada semua pemimpin tempatan, para mufti dan penduduk Gaza, Ramla dan Jaffa, semoga Allah melindungi kita semua, "katanya.

Pengislaman Napoleon mungkin dapat diketahui lebih lanjut melalui sebuah lagi buku, iaitu Napoleon and Islam atau Bonapart et Islam oleh C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898-7
Dalam buku itu, Napoleon dipetik sebagai berkata: alam masa terdekat ini, jika berpeluang, saya ingin menyatukan semua umat manusia melalui budaya yang baik (Islam) dan kerajaan yang memimpin rakyatnya melalui prinsip yang tertulis dalam al-Quran al Karim.

Undang-undang
Menyebut mengenai undang-undang, Napoleon sendiri mengakui akan keagungan undang-undang Islam iaitu syariah.

Lalu beliau mengguna pakai undang-undang itu semasa memerintah Perancis dan dipercayai hingga sekarang pengaruh dan elemen undang-undang syariah masih digunapakai di negara itu. Contoh yang paling ketara adalah apabila berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Al Fayed pada 1997.

Mengikut undang-undang lama Perancis, jurugambar yang sempat mengambil detik-detik berlakunya kemalangan dan kematian Puteri Diana itu dijatuhkan hukuman. Mereka disabit kesalahan kerana tidak membantu mangsa dan lebih mengutamakan untuk mengambil gambar.

Bentuk undang-undang dan hukuman ini jelas diambil daripada perundangan syariah Imam Malik. Bagaimanapun, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Manusia, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Zuraini Nordin berkata, terdapat pelbagai pendapat mengenai status agama dan pengislaman Napoleon.

Beliau berkata, "pada asalnya panglima dan maharaja Perancis itu seorang yang berpegang kepada ajaran Deism iaitu tidak percaya kepada ajaran-ajaran Kristian seperti Original Sins (Dosa Warisan), mukjizat dan sebagainya. Dia mengkritik ajaran Kristian itu sebagai hanya mementingkan aspek spiritual individu berbanding dengan Islam yang dia sendiri iktiraf sebagai agama yang rasional dan mementingkan ilmu -sains, "katanya.

Maka tidak hairan jika Napoleon sangat-sangat menghargai agama Islam, menghormati orang Islam dan mengagumi keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri. Ini kerana beliau percaya Rasulullah bukan sahaja seorang pemimpin agung tetapi juga seorang penjajah"yang ulung, ia sangat sesuai dengan jiwanya sebagai seorang maharaja dan penjajah Perancis yang sangat bercita-cita tinggi,"katanya.

Kata Zuraini, Napoleon ialah seorang yang banyak membaca mengenai Islam, al-Quran dan hadis Nabi dan beliau memupuk hubungan baik dengan para mufti dan ulama-ulama Al-Azhar semasa ekspedisinya di Mesir. Napoleon mengiktiraf Islam sebagai satu sistem kepercayaan yang unggul dan beliau banyak mengadaptasikan undang-undang syariah ke dalam kod sivilnya yang dikenali sebagai Code Napoleon.

Dengan kod atau undang-undang itu Napoleon rasakan beliau dapat memberi manfaat kepada empayarnya dan rakyat Perancis.

Sebagai seorang raja, tidak dinafikan Napoleon seorang yang agak berjiwa rakyat dan semasa pemerintahannya banyak reformasi dilakukan untuk kepentingan rakyatnya.

Namun, menurut Zuraini, ada juga pihak yang menaruh rasa sangsi dan mempertikaikan mengenai pengislaman Napoleon itu. Walaupun ada direkodkan mengenai pengislaman Napoleon, dipercayai tokoh ini hanya menaruh minat terhadap Islam.


Malah beliau mempergunakannya demi kepentingan diri dan meluaskan empayar, katanya. Dakwaan ini tidak menghairankan kerana pengislaman seseorang di Eropah sering kali tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan masing-masing. Pertikaian ini sebenarnya membuka lembaran kepada kajian yang lebih mendalam bagi menentukan status agama anutan Napoleon.

Kepada Barat, mungkin terlalu sukar untuk mereka menerima hakikat ada tokoh sehebat Napoleon yang menerima kebenaran Islam. Sedikit sebanyak ia memberikan tamparan kepada pelbagai sikap negatif mereka terhadap Islam selama ini.

Sunday, September 17, 2006

Kahwin: Penonjolan media ketepi nilai kemasyarakatan

Oleh Masnah Rais


Kebelakangan ini media bagaikan berpesta membuat liputan tentang asmara dan perkahwinan insan kenamaan. Dari menteri ke tokoh korporat ada belaka kisah percintaan dan perceraian.

Terakhir ialah kisah asmara dan perkahwinan Datuk K dan Siti. Cerita mereka semacam peristiwa kenegaraan yang penuh aksi dan menerima laporan kemuncak yang meluas.

Laman-laman web juga tidak ketinggalan memberi ruang kepada kisah-kisah perkahwinan pasangan asmara tersebut seolah-olah takut ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan scoop untuk ruangan Internet mereka. Begitu juga kisah asmara lelaki berumur dengan wanita muda dalam adegan berebut-rebut suami orang sudah jadi tema sensasi semenjak sekian lamanya.

Liputan media tentang asmara berputik baru ini jauh lebih hebat dan meluas daripada yang diberi kepada pemimpin atasan negara. Kisah-kisah ini kononnya diminati pembaca dan penonton televisyen. Betulkah begitu? Atau ini hanya gelagat sensasi yang tidak lagi menghiraukan nilai-nilai budaya bangsa sendiri. Sejak bila masyarakat Melayu harus bermegah dengan gara-gara mengahwini suami atau isteri orang yang baru bercerai?


Semacam tidak ada lagi berita atau bahan yang lebih hebat daripada asmara dan majlis kahwin pasangan-pasangan tersebut. Dulu kisah kahwin-asmara baik antara uda dan dara mahupun antara tua dan muda dihadkan kepada bab peribadi, diketahui dan direstui oleh hanya kaum keluarga terdekat. Kini sudah ada jenis perkahwinan yang dilaungkan dan dihebahkan ke seluruh negara. Beratus pojok utama berita televisyen dan muka depan akhbar disajikan saban hari dalam musim terjalinnya asmara dan berlangsungnya majlis perkahwinan panas itu. Kisah dan sensasi rentetan itu ditampilkan sedemikian rupa sehingga ada pihak yang yakin bahawa ianya harus menjadi fesyen sosial justeru wajar diikuti dan diteladani. Soal moral dan nilai kemasyarakatan jelas tidak diperhitungkan lagi.

Apakah yang terkandung di dalam kisah-kisah asmara dan perkahwinan selebriti itu yang menyebabkan liputan berita yang begitu keterlaluan? Sebagai perbandingan, seorang sultan terkaya yang mengahwini bekas juruhebah sebuah stesen TV swasta di negara ini pun tidak mendapat liputan yang terhebat.

Apa yang sebenarnya yang cuba diolah? Apakah masyarakat benar-benar dahagakan liputan meluas sehingga melunaskan budaya negatif yang baru? Atau adakah ini semua berupa sejenis perniagaan seranta lantaran longgokan wang yang banyak supaya siaran TV eksklusif dapat dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu? Biasanya kenduri nikah kahwin mengurangkan pendapatan. Kini mempelai boleh jual beli adegan perkahwinan mereka dan lantas beruntung lipat ganda.

Soalan dan keadaan begini bangkit lantaran terdapat elemen nilai hidup yang terlibat dalam drama hidup ini. Ada sesuatu yang tidak kena yang harus difikirkan dari sudut cara hidup dan tamadun rakyat Malaysia, khususnya di kalangan masyarakat orang Melayu.

Macam-macam kisah kahwin-asmara telah disajikan sejarah. Arkib di negara-negara Barat penuh dengan kisah-kisah ini. Tetapi yang dilaporkan media akhir-akhir ini bukan seperti kisah Cleopatra kahwin Mark Anthony atau King Edward ke VIII kahwin Mrs. Simpson atau seperti Marilyn Monroe kahwin Harry Miller. Asmara mereka di zaman masing-masing menepati maksud suasana dan budaya di Barat.

Asmara

Diakui, kisah-kisah asmara dan perkahwinan ada yang bersifat biasa, ada pula yang bercorak ghial dan luar biasa. Kisah cinta menteri kahwin baru atau cerita pembesar ambil isteri orang; cerita mengenai pihak diraja dapat isteri baru atau tokoh perniagaan separuh umur jatuh cinta pada penghibur jelita tidak perlu dipersoalkan sangat kerana liku-liku hidup memang ada yang melalui godaan, badai dan gelora selain ketenangan dan keindahan.

Yang dipersoalkan ialah apakah penonjolan dan sensasi seperti yang disebarkan media itu berpatutan dalam konteks membina modal insan atau membina masyarakat bertamadun?

Keghairahan sesetengah pihak membuat laporan dan liputan seperti yang dialami kebelakangan ini seolah-olah membuka suatu lembaran baru yang mahu menjadikan tokoh dan individu biasa mengikuti gaya hidup berasmara baru secara yang melibatkan kos
lumayan. Soal moral dan kesejahteraan yang berpaksikan amalan kelamin kekeluargaan langsung terkeluar daripada penceritaannya.

Dua senario kehidupan semasa dapat dirumuskan:

Pertama, munculnya kisah tentang tokoh korporat atau tokoh politik yang punya anak isteri yang 'menawan hati' jelitawan muda. Jalan cerita asmaranya ialah seperti yang dilaporkan jelitawan yang berusia muda 'tertarik' dengan seseorang tokoh lantaran gaya dan stail serta layanan sumbangsihnya. Tentunya, terkandung di dalam istilah 'sumbangsih' ini ialah pemberian duit dan ganjaran yang banyak selain berkongsi kedudukan, pangkat dan gelaran.

Aspek kedua yang sering jadi tema 'asmara membara' lelaki separuh umur ialah godaan jelita yang bersifat pisau cukur. Yang 'dicukur' ialah lelaki berumur dengan cara yang lemah-lembut dan penuh mesra. Si jelita pandai menarik minat dan perhatian lelaki berstatus dan berkuasa. Dengan gaya dan pendekatan manja, si jelita sosial itu hinggap dari pangkuan ke pangkuan sambil 'mengikis dan mengumpul' harta demi harta sementara ia melayan dan meladen kenamaan demi kenamaan. Setiap kali ia bercumbuan setiap kali pula ia mendapat dividen ?rumah, kereta mewah, berlian dan longgokan 'pulangan' yang lain. Perhubungan sebegini tidak kurang juga yang berakhir dengan perkahwinan sebagai pulangan. Ada pula yang berkeadaan 'ayam lepas, tahinya di tangan'.

Juga kerap diceritakan ialah daripada hal bagaimana tercetusnya asmara hingga membawa ke pelamin. Cerita pokok berkisar pada keindahan dan keseronokan pasangan itu. Malangnya babak derita pasangan lama dengan anak-pinak hasil perkahwinan terdahulu tidak menjadi kisah lagi. Apa agaknya perasaan dan keadaan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan? Bab ini diketepikan begitu sahaja.

Aspek khas yang dijadikan keutamaan ialah unsur-unsur glamor yang cuba diselitkan dalam perbuatan menarik atau menggoda pasangan orang lain. Lelaki yang sudah beranak-pinak dan mendirikan rumah tangga berdekad-dekad lamanya tiba-tiba mengorak langkah lalu mencumbui anak dara atau isteri orang dan berjaya. Fakta siapa anak dara itu tidak dipersoalkan. Yang dipersoalkan ialah apa jadi kepada bekas isteri yang ditinggal atau diceraikan bersama anak-anak kesayangan yang tiba-tiba kehilangan kasih sayang bapanya.

Yang disajikan untuk bacaan dan tontonan hanya glamor asmara baru tetapi meminggirkan kepayahan keluarga lama suami baru. Aspek salah tafsir moral dan nilai hidup jelas terpinggir terus.

Tarikan cinta pandang pertama memang banyak dilaporkan tetapi yang jarang diselidiki ialah tentang budaya negatif menarik suami orang atau mencumbui isteri orang. Pada masa yang sama, kisah orang tua kahwin anak dara atau perempuan muda memang sedia memenuhi lembaran sejarah, baik di Barat mahupun di Timur. Tetapi dalam struktur masyarakat Melayu, kisah begini tidak pernah menjadi tarikan kepada umum secara rasmi kerana amalannya tidak membentuk masyarakat yang rukun atau kehidupan yang berpegang teguh kepada nilai-nilai keutuhan keluarga.

Cerita mengkhayalkan tentang kemewahan majlis perkahwinan atau mengutarakan tema 'perceraian pasangan lama' mungkin menyeronokkan kepada sesetengah pihak. Tetapi ia berupa berita malang yang memalukan bagi mereka yang kena cerai atau ditinggalkan. Dalam Islam mengaibkan orang adalah suatu dosa tetapi masyarakat dengan mudah diheret untuk turut serta mengalu-alukan perpecahan keluarga. Tema ambil isteri orang atau suami orang tidak lagi jadi persoalan atau masalah yang diperhitungkan. Yang diutamakan ialah asmara picisan yang disisip dengan nilai kebendaan dan tindak-tanduk mengetepikan prinsip luhur. Ini membawa kita jauh daripada keharmonian dan kerukunan. Tentunya ini bukan budaya tinggi.

Dipersoalkan: kenapa beria-ia benar ditonjolkan kisah-kisah merebut suami atau isteri idaman melalui derita pihak yang lain? Dipersoalkan, dengan hidangan kisah-kisah glamor asmara orang-orang bergelar dan berstatus yang bersekongkol dengan wanita mungil yang berusia muda, masyarakat tampak semacam menggalakkan amalan budaya songsang.

Apa rasa hati anak-anak yang ditinggalkan bapa yang menurutkan hati asmaranya? Kenapa bapa yang kahwin lagi itu ditampakkan sebagai hero dalam gara-gara beristeri baru? Yang pasti ialah kelakuan itu akan dianggap sebagai amalan yang layak disusul dan dicontohi.

Di celah-celah persoalan dan suasana inilah kita menghitung nilai-nilai masyarakat.

Moral

Penonjolan kisah kahwin baru yang tidak mengendahkan nilai moral masyarakat pasti akan meminggirkan sebahagian sifat murni masyarakat Melayu sendiri. Apa jadi dengan tanggungjawab sosial yang selama ini menjadi tonggak kehidupan kita? Dengan gambaran penuh 'gilang-gemilang' di dalam adegan glamor tersebut akan lebih ramai tua-muda kita yang akan disedut ke dalam putaran asmara-kebendaan. Di samping itu akan lebih ramai pihak yang bakal menjadi calon yang membelai hati dan perasaan wanita muda sambil mewujudkan pertembungan dan kamelut keluarga.

Bagi pasangan yang bercerai, harta sepencarian memang boleh disusul dan diagih dengan perintah mahkamah di bawah undang-undang keluarga, sama ada di bawah bidang kuasa syariah atau sivil. Tetapi proses ini meninggalkan parut emosi negatif yang berkekalan. Seperti yang diketahui umum, apabila perceraian berlaku, kegembiraan dan keseronokan hidup berkeluarga menghilang di angin lalu.

Apakah tanggungjawab sesetengah media selesai dengan hanya mensensasikan kisah cinta baru yang disalut kemewahan kebendaan itu? Apakah tanggungjawab seranta tidak sampai kepada pihak-pihak yang dideritai liputan tersebut. Apakah keuntungan sebenar yang diraih hasil perasaan derita orang yang hidupnya sudah berkecai?

Garis sempadan antara senyum dan tangis sesungguhnya amat kabur dalam hidup. Hari ini mungkin senyum gembira. Esok mungkin berduka nestapa.

Tuesday, January 10, 2006

Ketuk ketampi bogel: Ketua Editor China Press undur diri

Friday, January 06 @ 09:48:49 MYT




KUALA LUMPUR, 6 Dis (Hrkh)- Ketua Editor dan Ketua Editor Eksekutif akhbar China Press meletakkan jawatan semalam ekoran berita mangsa ketuk ketampi bogel adalah wanita China.

Dalam edisi petang akhbar berbahasa Cina kedua terbesar negara itu, mereka menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di muka depannya ekoran berita itu dan mengumumkan perletakan jawatan kedua-dua editor kanan akhbar berkenaa.

"China Press memohon maaf di atas segala masalah yang berbangkit dari laporan kami yang silap itu," kata laporan muka depan akhbar itu yang dicetak dan diedarkan petang semalam.

China Press adalah akhbar pertama melaporkan kewujudan video klip ketuk ketampi dalam keadaan berbogel itu dan kesilapan mereka adalah mendakwa wanita itu adalah Cina. Mereka telah menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri, pengawal lesen akhbar di negara ini, mengapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas mereka pada 19 Disember lalu. Laporan itu disiarkan dalam edisi petangnya pada 23 November 2005. Sehari selepas laporan itu, pada 24 November, anggota Parlimen DAP dari Seputeh, Teresa Kok menunjukkan video klip itu kepada rakan-rakan anggota Parlimennya dan media. Ekoran itu, isu itu telah menjadi panas sehingga Menteri Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid diarahkan ke negara China untuk memohon maaf.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Siasatan Bebas yang ditubuhkan kerajaan mendapati wanita itu bukannya Cina tetapi Melayu.

Ketua Editor China Press, Chong Choong Nam dan Ketua Editor Eksekutifnya, Wang Zhao Ping dilaporkan sebelum ini telah dipindahkan ke jawatan lain. Sehingga kini tidak dapat dipastikan kenapa pihak polis tidak memaklumkan lebih awal wanita dalam video klip itu adalah Melayu bukannya Cina sebagaimana didakwa Teresa, sehinggalah dimaklumkan polis melalui perbicaraan dalam Suruhanjaya Bebas itu. Jika ia dimaklumkan Melayu nescaya Azmi Khalid tidak perlu ke negara China untuk memohon maaf bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menjawab persoalan ini berkata, apa guna polis menjelaskannya lebih awal sedangkan masyarakat seolah-olah sudah hilang kepercayaan kepada polis ketika itu.

Tekanan kepada kebebasan media
Sementara itu, pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tekanan yang dikenakan ke atas China Press sehingga terpaksa 'memancung' dua editor kananya.

"Bagi saya, ini satu lagi tindakan yang akan mengekang terus kebebasan media di negara ini. "Jika Noh Omar boleh setakat minta maaf sahaja apabila meminta orang China pulang ke negara mereka jika tidak suka dengan polis Malaysia, mengapa tidak dalam kes ini," kata Lim Guan Eng dalam kenyataanya.

Koordinator bersama Charter 2000-Aliran, Dr Mustafa K. Anuar dan Anil Netto dalam kenyataannya menyifatkan tindakan ini sebagai satu tindakan yang akan menyuramkan lagi kebebasan media di negara ini dan kedua-duanya menjadi kambing hitam. Faktornya adalah ketakutan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mempunyai kuasa penuh untuk menghentikan penerbitan sesuatu akhbar. Langkah ini dipercayai ekoran khabar angin lesen edisi petang China Press, yang menyiarkan berita itu, digantung oleh KDN.

"Kami yakin mulai sekarang, media akan lebih mengamalkan self-censorship dan bukan lagi minda yang bebas di kalangan editor akhbar," kata mereka berdua dalam kenyataannya.

Sunday, January 08, 2006

Tetamu Allah Yang Kianat


Firman Allah Taala :

Musim haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi. Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik - baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang - orang yang berakal' (Surah Al Baqarah : 197).

Orang yang dipilih Allah SWT dari ratusan juta kaum muslimin untuk menunaikan ibadah haji adalah orang yang sangat beruntung. Punya keistimewaan dan keutamaan yang berpuncak pada syurga yang menantinya jika ia meraih haji mabrur. Namun, ujian dan cubaan yang mengotori kemabruran hajinya juga tidak sedikit. Dari sekian banyak ujian, ada 3 perkara yang disebut dalam ayat di atas yang perlu senantiasa diwaspadai oleh jemaah haji, yaitu rafats, fusuq dan jidal.

Sesungguhnya kemungkaran dan hal-hal negatif selama musim haji di tanah suci cukup banyak. Sehingga tidak benar, persepsi sebahagian orang bahawa Tanah Suci sepi dari kemaksiatan dan kemungkaran. Ketika Al Qur'an hanya menyebut tiga hal negatif tersebut, hal ini memberikan pemahaman kepada kita bahwasanya peluang untuk melakukan ketiga perbuatan negatif itu dalam 'muktamar' yang dihadiri jutaan kaum muslimin sedunia dengan beragam warna kulit, bentuk fizikal, suku, bahasa dan adat amatlah besar. Sehingga tidak berlebihan jika ada yang berkomentar, bahawa setiap jemaah haji berpotensi untuk berbuat rafats, fusuq dan jidal, baik pra haji, di tengah penunaian berbagai manasik (ritual) haji mahupun sesudah menunaikan haji, kembali ke tanah air.

Ibnu Jarir dalam kitab Tafsirnya (II/273-279) secara panjang lebar menghadirkan penafsiran para ulama tentang 'rafats' yang dapat disimpulkan, bahwa 'rafats' adalah jima' (bersetubuh) dan permulaan-permulaannya seperti bercumbu serta perkataan yang menimbulkan berahi. Lalu 'fusuq' adalah semua bentuk maksiat dan larangan-larangan bagi orang yang berihram. Sedangkan 'jidal' adalah berbantah-bantahan, saling panggil memanggil dengan gelaran yang buruk dan debat kasar seperti saling mendakwa bahawa apa dilakukan paling baik/benar dan semua perbuatan yang mengundang konflik, kedengkian dan permusuhan. Ketiga hal ini diberi penekanan khusus untuk dijauhi, karena Allah SWT menginginkan jemaah haji untuk melepaskan diri dari segala gemerlap dunia dan tipu dayanya, serta mensucikan diri dari segala dosa dan keburukan. Sehingga terwujudlah tujuan yang diinginkan dari ibadah haji yaitu Tahdzib An Nafs (pensucian jiwa) dan mengarahkannya secara total untuk beribadah kepada Allah SWT semata.

Dan hanya jemaah haji yang mampu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan negatif tersebutlah yang diibaratkan Nabi SAW seperti bayi yang baru lahir ke dunia tanpa dosa.

Rasulullah SAW bersabda, 'Barangsiapa yang menunaikan ibadah haji, tidak rafats dan berbuat fasik, maka ia keluar dari dosa-dosanya seperti hari di saat ia dilahirkan ibunya' HR Bukhari dan Muslim.

Setelah melarang berbuat keburukan, Allah SWT membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan seraya berfirman, 'Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya'. Dilihat dan diketahui Allah merupakan jaza' qabla'l jaza', penghargaan dan balasan dari Allah sebelum balasan yang sesungguhnya. Sehingga memotivasi seorang mukmin untuk semakin banyak memproduksi berbagai macam kebaikan.

Kepada mereka yang bakal menunaikan ibadah Haji, saya mendoakan agar ibadah Haji yang mabrur bakal saudara-saudari perolehi. Kerana dengan Haji yang mabrur, bermakna semakin hampir saudara-saudari dengan Allah SWT. Dan semakin hampir saudara-saudari dengan kasih sayang dan ampunan Allah SWT.

Kepada mereka yang telah pun menunaikan ibadah Haji tetapi masih merasa lazat dengan maksiat dan kemungkaran, tanyalah diri sendiri dengan soalan-soalan dibawah :

1. Adakah aku pergi menunaikan Haji untuk meninggalkan segala yang ditegah Allah dan melaksanakan segala yang diperintah Allah, atau untuk orang memanggil aku dengan gelaran HAJI/HAJJAH?

2. Jika sebelum aku menunaikan ibadah Haji aku melakukan amal maksiat yang mendatangkan dosa, setelah kembali dari menunaikan Haji apakah amalan maksiat itu masih aku lakukan?

3. Adakah aku tahu, jika sekembalinya aku dari Tanah Suci, aku masih melakukan amalan maksiat yang sama, Haji aku bukan Haji yang mabrur?

4. Adakah aku sedar, sebagai seorang yang telah menunaikan Haji, apabila aku melakukan kemungkaran dan menganjurkan program maksiat, ianya menimbulkan fitnah kepada jemaah Haji yang lain?

5. Adakah aku tahu, jika aku masih melakukan kemungkaran setelah kembali dari Tanah Suci, aku sebenarnya telah mengkhianati Allah yang pernah menjemput ku menjadi tetamu-Nya?

6. Adakah aku tahu, jika aku mengkhianati Allah, tempat yang selayak buat aku adalah neraka Allah?

7. Adakah aku tahu, jika aku mengkhianati Allah yang menjadikan aku tetamu-Nya, aku adalah makhluk yang paling hina kerana tidak mensyukuri nikmat Allah yang bersedia melayan aku sebagai tetamu?

8. Adakah aku tahu, sebagai seorang HAJI/HAJJAH, aku tidak sepatutnya membuat mungkar dan tidak sepatutnya mengajak orang lain membuat mungkar?

9. Adakah aku tahu, jika selepas aku kembali dari mengerjakan Haji, aku masih melakukan maksiat malah mengajak orang lain melakukan maksiat, aku sebenarnya bukanlah hamba Allah tetapi aku adalah hamba Iblis?

10. Adakah aku tahu, ke mana hendak aku pergi jika aku ini bukan hamba Allah?

Saturday, December 31, 2005

Pahlawan Neraka


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang." Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Thursday, December 29, 2005

Kisah Pendeta Yang Insaf


Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)."

Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"

Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu." Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."

Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini." Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali. "Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu." Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

"Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah."

Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu."

Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah." Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?" Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku)kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat."

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."

Wednesday, December 28, 2005

Tidak Akan Masuk Neraka Orang Yang Takutkan Allah


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28) Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi
saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Tuesday, December 27, 2005

Kerajaan Patani




Lokasi Patani di Asia Tenggara.


Kerajaan Patani merupakan sebuah kerajaan awal di Tanah Melayu yang merangkumi wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat kini. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.

Dengan itu, sistem pemerintahan Kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan sermeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani.

Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu -Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di wilayah Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.



Sebuah masjid di Patani


Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu. Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti. Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.



Sebuah buku bertajuk 'The Malay Kingdom of Patani' tulisan Ibrahim Syukri


Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.

Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu-Siam.



Pitis Patani bertarikh 1309 Hijrah (1891 Masihi) yang tertera 'Al Matsaraffi Balad Al Patani Sanat 1309'


Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.

Selepas Persidangan Songkhla pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.

Sunday, December 11, 2005

Temuduga Terbuka - Performance Based Organisation


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut
kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanan nya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal - kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata
kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan
begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya
seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,
kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

Saturday, December 10, 2005

Amoi Bogel


Saudara dan saudari yang dihormati,

Sudah lama saya memerhati dari jauh isu tahanan wanita bogel oleh anggota polis ini. Negara telah dikejutkan dengan dakwaan beberapa wanita China dianiaya oleh pihak polis. Ekoran daripada ini berbagai-bagai pihak telah mengkritik polis termasuk akhbar, pemimpin-pemimpin politik & badan NGO.

Sayugia diingatkan ini adalah pendapat saya sebagai seorang pegawai kanan.

Pertama yang ingin saya ulas, sebagai seorang pegawai kanan polis, saya berpendapat (dan ramai lagi di luar sana), isu wanita bogel dalam tahanan polis ini (tidak kira samada tahanan itu berbangsa Malaysia ataupun tidak) adalah satu isu yang diprovokasi oleh sesetengah pihak yang kononnya ingin memperjuangkan hak asasi manusia. Tetapi mereka yang kononnya memperjuangkan isu ini sebenarnya tidak tahu
prosedur-prosedur pegawai penguatkuasa dalam menjalankan pemeriksaan ke atas tahanan dalam lokap. Apa yang mereka tahu adalah mengatakan perlakuan polis melanggar hak asasi manusia dan menghentam pihak polis habis-habisan tanpa usul periksa. Sudah tentu akhbar, pemimpin-pemimpin politik dan badan NGO akan memperkatakan keburukan pihak polis - mengambil peluang memperbesarkan-besarkan hal ini sehingga dapat dihidu oleh masyarakat antarabangsa.

Percayalah apabila saya kata, anggota polis di luar negara lebih 'daring' perlakuannya dibandingkan dengan polis Malaysia. Cuba lihat bagaimana polis di luar negara melayan tahanan-tahanan. Sesungguhnya polis Malaysia sentiasa mengikut prosedur dalam melayan tahanan.

Untuk Rozmal Malakan (http://waghih.blogspot.com/), blognya yang bertarikh 25/11/05 dirujuk. Blognya berbunyi, "Apakah penjara Malaysia ini bakal mewarisi penjara Abu Gharib atau penjara Guantanamo ? Atau apakah kes tahanan didera dengan arus elektrik, tahanan dibogelkan seperti yang dilaporkan dalam media akhir-akhir ini adalah merupakan kes terpencil sahaja?"

Jawapan saya, penjara di Malaysia tidaklah seteruk penjara-penjara yang disebutkan oleh saudara Rozmal. Kes-kes tahanan didera seperti yang dilaporkan oleh media adalah merupakan kes terpencil.

Ingin saya nyatakan di sini, prosedur memeriksa tahanan dilakukan di mana-mana negara. Apabila tahanan diperiksa seluruh badan, tahanan akan diminta untuk menanggalkan pakaian supaya full body search dapat dibuat. Terdapat kes-kes di mana ada tahanan yang menyembunyikan dadah dalam rektum dan vagina. Sekiranya tidak diperiksa, sila beritahu saya apakah cadangan-cadangan anda bagaimanakah cara body search terbaik? Memanggil doktor perubatan yang bertauliah untuk memeriksa anggota sulit tahanan?

Terlalu banyak pihak pihak yang 'melompat' mengenai isu tahanan wanita bogel ini. Sehingga sekarang kita tidak pasti samada wanita Cina yang bogel itu adalah rakyat tempatan ataupun rakyat China. Tetapi media seolah-olah menutup sebelah mata dan melaporkan wanita bogel dalam tahanan itu datang dari China.

Sehingga siasatan lanjut dapat dibuat, kita hanya dapat tunggu dan lihat.

Sesungguhnya saya menyokong tindakan Datuk Seri Musa Hassan (Timbalan Ketua Polis Negara) dalam mencari siapakah yang membuat rakaman video itu kerana dialah sebenarnya petualang. Orang yang merakam video itulah yang dikatakan, "Harapkan pagar, pagar makan padi." Anggota polis wanita yang terbabit dalam video itu (yang mengarahkan ketuk-ketampi) sekadar menjalankan prosedur dalam melaksanakan tugas body search tersebut. Adakah kita lihat anggota polis wanita itu menyentuh atau cuba mencederakan tahanan wanita bogel itu? Jawapannya tidak. Bak kata Datuk Mohammed Alias (bekas Duta Malaysia ke Nigeria) dalam Utusan Malaysia, "Sesungguhnya polis Malaysia tidaklah seganas polis negara-negara lain. Hukuman ketuk-ketampi adalah lebih baik daripada tubuh yang lesu disarangi peluru hingga 50-60 das."

Apakah kesilapan polis dalam rakaman video wanita bogel dalam tahanan polis tersebut?

Kesilapan yang nyata dalam kes wanita bogel dalam tahanan adalah penggunaan telefon bimbit berkamera dalam kawasan lokap. Penggunaan telefon bimbit adalah sama-sekali dilarang dalam lokap. Kesilapan kedua ialah anggota polis wanita yang melakukan body search itu perlu memastikan pemeriksaan dibuat dalam tempat yang tertutup, serta tiada anggota lain di kawasan itu. Apabila bercakap tentang kehormatan seseorang tahanan, pemeriksaan haruslah dibuat antara tahanan tersebut dengan anggota polis terlibat baik lelaki ataupun perempuan. Tahanan wanita diperiksa oleh anggota polis wanita, lelaki oleh lelaki. Menjatuhkan maruah seseorang adalah dilarang, maka pemeriksaan harus dilakukan dalam privasi.

Janganlah kita bertindak melulu menghentam polis tanpa usul-periksa. Pihak media, pemimpin-pemimpin politik dan badan NGO berhak mengkritik polis tetapi biarlah berpada-pada. Janganlah sampai pihak polis yang berhempas-pulas memastikan negara aman hilang semangat dalam menjalankan tugas mereka. Sejarah membuktikan beberapa buah negara menjadi kucar-kacir dan kerajaan terguling apabila pihak polis hilang semangat dalam tugas. Ada sahaja isu yang tidak kena dengan polis sehinggakan apa yang mereka buat akan terpampang di dada akhbar. Keburukan yang dilakukan oleh sekelompok polis akan mendapat liputan meluas media manakala jasa polis menghapuskan penjenayah dipandang sebelah mata. Ahli-ahli politik mana yang memperjuangkan pihak polis apabila ada di kalangan polis yang terbunuh dalam menjalankan tugas mereka?

Sedarkah anda semua pihak polis bertungkus-lumus menjalankan tugas & amanah rakyat dibandingkan dengan pekerja-pekerja kerajaan di jabatan lain? Beban kerja anggota polis adalah berat. Rakyat Malaysia semakin hari semakin bertambah, anggota polis pula jumlahnya masih di takuk lama. Sedarkah ratio untuk seorang anggota polis perlu menjaga lebih daripada 1000 orang awam (1:1000) atau lebih di bandar-bandar besar sedangkan Interpol mencadangkan 1 anggota polis untuk 250 orang (1:250). Untuk mengalaminya, saya cadangkan mereka yang berada di luar sana (terutama yang suka
menghentam polis) supaya cuba duduk di tempat ini dan merasainya. In order to feel the pressure of being a police officer, you must first experience it. To not
being able to see your families, not able to go home - how is that for sacrifice to the country?

Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat negara ini berhak menyoal tentang dasar-dasar kerajaan. Tetapi setiap tuduhan & dakwaan hendaklah berasas dan mempunyai bukti. Mengkritik polis tanpa memahami tugas-tugas dan prosedur yang mesti merka laksanakan bukanlah sesuatu yang adil.

Saya berasa amat sedih jika isu wanita bogel ini dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk memburukkan polis dan kerajaan. Tetapi itulah yang saya rasa. There are some people out there who is taking opportunity out of this situation. They are what I call opportunist.

Banyak isu lain yang boleh dikupas. Mengapa ada pihak yang tidak mempersoalkan hak asasi warganegara Malaysia yang diganggu oleh orang asing? Mengapa kita tidak memperkatakan tentang jenayah yang dilakukan oleh rakyat asing yang datang ke Malaysia? Apa yang dilihat rakyat di luar negara yang datang ke sini berani melakukan jenayah di negara kita kerana tiada pihak yang akan bersuara tentang jenayah itu, tetapi isu yang akan diperbesarkan adalah tindakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa. Seperti apa yang berlaku sekarang.

Saya harap kedaulatan negara kita tidak dipijak-pijak oleh orang asing dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di Malaysia. Saya bimbang ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda yang lebih besar atas dasar hak asasi manusia, menggunakan isu hak asasi manusia untuk mengabui mata masyarakat seperti apa yang berlaku sekarang ini. Adakah para pembaca dapat memahami isu di sebaliknya? Always read between the fine lines.

Biarlah pihak polis menjalankan siasatan rapi dalam kes tahanan wanita bogel ini. Justice will prevail. For now, we just wait for the outcome of the case.

Kenanglah jasa pihak polis. Mereka berhak dikritik, tetapi mereka juga berhak disanjung tinggi kerana mereka berjuang demi keamanan negara.

Terima kasih.

ASP Annuar Amri Datuk Abd Muluf,
Penang.

Image hosted by Photobucket.com

Biodata

Fiqarash T.A
24 tahun
Miri, Sarawak
Setapak, Kuala Lumpur
B.A Sains Sosial
Major: Pengajian Antarabangsa
Minor: Linguistik Melayu
Universiti Malaya
Lembah Pantai, KL
M.A. in International Relations
Yale University
New Haven, US


Fanatik

Image hosted by Photobucket.com

Geng MI 1&2

Forum Bluehyppo
Kreees
Nickxander
Izadsyah
Mirs Giggles
Seni MI
Doden
Fan Site


Ulasan MI 2

Workshop 1
Workshop 2
Workshop 3
Wildcards
Wildcards Show
Keputusan Wildcards
Top 11
MI = Melayu Idol?
Spectaculars 1
Keputusan SS 1
Spectaculars 2
keputusan SS 2
Spectaculars 3
Keputusan SS 3
Spectaculars 4
Keputusan SS 4
Spectaculars 5
Keputusan SS 5
Specraculars 6
Keputusan SS 6


Arkib Sebulan

09/01/2003 - 10/01/2003 11/01/2003 - 12/01/2003 12/01/2003 - 01/01/2004 01/01/2004 - 02/01/2004 02/01/2004 - 03/01/2004 03/01/2004 - 04/01/2004 04/01/2004 - 05/01/2004 05/01/2004 - 06/01/2004 06/01/2004 - 07/01/2004 07/01/2004 - 08/01/2004 08/01/2004 - 09/01/2004 09/01/2004 - 10/01/2004 10/01/2004 - 11/01/2004 01/01/2005 - 02/01/2005 03/01/2005 - 04/01/2005 04/01/2005 - 05/01/2005 05/01/2005 - 06/01/2005 07/01/2005 - 08/01/2005 08/01/2005 - 09/01/2005 09/01/2005 - 10/01/2005 10/01/2005 - 11/01/2005 12/01/2005 - 01/01/2006 01/01/2006 - 02/01/2006 09/01/2006 - 10/01/2006


Menarik

Ummah
Darulnuman
Malaysiakini
Suara Malaysia
Agenda Daily
Tranungkite
Aliran
Kompas
Suaram
Maha Zalim
Mat Drug
Gempur Daily
Idealis Mahasiswa
Umno Reform
Pas
Harakah
Mimbar Rusila
Nik Nazmi


Rakan Blog



Messenger



Shoutbox



Kredit

Blogger

eXTReMe Tracker


online